Mai Pekena 'Ayaq' Sarbat

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

MELINTASI Lebuh Tamil di tengah bandaraya Georgetown bagaikan tidak lengkap kunjungan ke Pulau Mutiara jika tidak singgah ke deretan kedai yang dipenuhi dengan jualan juadah sinonim dengan masyarakat negeri ini.

Nasi kandar sememangnya antara yang menjadi tumpuan ramai di situ, namun ada satu lagi tarikan yang menggamit pengunjung - ada yang memanggilnya ais tingkap, juga dinamakan ais dinding, tapi rasanya lebih dikenali ramai dengan air sarbat.

Dinamakan ais tingkap kerana ketika  operasi perniagaan ini bermula pada 1928, pengasasnya, Abdul Azeez menjual minuman menyegarkan itu pada harga 10 sen segelas melalui tingkap pada dinding bangunan di situ.

Usaha dan kreativiti Abdul Azeez yang berhijrah dari Sri Lanka itu bakal menjangkau ulang tahun ke-90 dan kini diuruskan tujuh beradik yang juga cucunya.

Resipi yang diwarisi hingga generasi ketiga ini masih mengekalkan cara penyediakan air sarbat asli dan ia kini dijual pada harga RM2.50 segelas.

Penghasilannya juga sesuatu menarik perhatian ramai kerana kepakaran Mohd Taufique Seeni Mohamed yang pantas memarut ais, mengisi deretan gelas dengan air kelapa, air gula yang dimasak dengan daun pandan, biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa dan juga semburan herba yang memberi kelainan kepada hidangan yang wangi itu.

Menurut abangnya, Mohamed Almi, tanpa mengira musim, gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang menggemari minuman itu, termasuk yang sakit tekak.

"Bahan yang digunakan untuk menyediakan minuman ini sesuai untuk yang sakit tekak, ada pelanggan kami mengakuinya," katanya.

Keakraban tiga daripada tujuh beradik itu, termasuk Mohamed Jafri ternyata antara resipi utama yang memastikan perniagaan yang diwarisi sejak sekian lama itu masih mampu berdiri kukuh untuk terus mempertahankan usaha datuk mereka.

Tags / Kata Kunci: Air Sarbat , Ais Tingkap , Ais Dinding

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan