Taubatlah Lelaki Cabul Poster 'Awek Shell' - Mufti

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan beberapa individu yang bertindak 'mencabul' poster gadis iklan Shell sehingga tular baru-baru ini supaya bertaubat.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kaum lelaki yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka. 

Katanya, tindakan ‘mencabul’ poster iklan wanita terbabit adalah perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim yang baik. 

"Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap 'standee' wanita tersebut wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik," kata Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan di Bayan Linnas siri ke-102 yang dikongsikan di Facebooknya pada Ahad malam.

Terdahulu, iklan gadis Shell ditarik semula berkuat kuasa serta-merta awal bulan ini susulan tindakan beberapa individu tidak bertanggunjawab melakukan aksi tidak senonoh dan ‘mencabul’ poster tersebut sehingga tular di media sosial.

Zulkifli berkata, kaum wanita juga perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. 

Tambah beliau, apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

"Justeru, kami melihat usaha Shell menarik kembali 'standee' berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.

"Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan," katanya.

Menurut Zulkifli, mempamerkan akhlak mulia merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat. 

"Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,'' katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi blognya berkata, tindakan individu yang terlibat adalah sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya peradaban masyarakat kita.

“Ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap wanita, berhentilah melakukan wanita sebagai objek, kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa buat kaum tersebut.

“Walaupun ada yang berniat untuk berjenaka, saya mahukan kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat," kata Najib sambil berharap agar rakyat Malaysia kembali berpegang kepada prinsip rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan