SPRM Buka Kertas Siasatan Baharu Felda

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) , kata Ketua Pesuruhjaya  SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Katanya tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.  “Saya telah mengarahkan satu kertas siasatan dibuka dan kita akan keluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat,”  katanya pada sidang media ketika menghadiri program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di Hospital Kuala Lumpur, di sini, Isnin.

Dzulkifli bagaimanapun memaklumkan siasatan membabitkan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih diteruskan.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad  dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan Sementara itu, dalam isu lain, Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan  suruhanjaya  berkenaan pada awal tahun ini.

Katanya, IBR menunjukkan komitmen dan keprihatinan kesemua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan isu-isu rasuah.

Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri-negeri ini untuk  menunjukkan  komitmen mereka bebas rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

Mengulas mengenai Gerah, Dzulkifli berkata program yang dilaksanakan sejak tiga bulan  lepas  itu menunjukkan kesan positif apabila terdapat peningkatan jumlah laporan yang diterima oleh suruhanjaya berkenaan daripada orang awam. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Gerah , Felda

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan