Lagi Disyaki Dijangkiti Rabies

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 2:15 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lagi pesakit kini dirawat di sebuah hospital di Sarawak setelah disyaki dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian kesihatan pesakit itu dan sekiranya positif, dia merupakan individu keempat yang dijangkiti penyakit itu.

"Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut berhubung perkara itu...sekarang kami beri rawatan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) sebanyak RM100,000 kepada Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, Isnin.

Sumbangan daripada Tabung Zakat UEM Edgenta itu adalah untuk kegunaan pesakit-pesakit asnaf di HPP yang memerlukan rawatan perubatan termasuk pembedahan. Turut hadir Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Azmir Merican dan Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail. 

Mengenai kanak-kanak perempuan yang masih dirawat di Hospital Umum Sarawak akibat dijangkiti rabies, Dr Hilmi berkata, keadaan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik, berumur empat, enam dan tujuh tahun di daerah Serian disahkan dijangkiti rabies. 

Dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak. 

Pada 4 Julai, dua beradik Jackson Mazlan, 4, dan kakaknya, Monica, 6, dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, meninggal dunia selepas ibu bapa mereka membenarkan doktor mencabut sistem sokongan hayat memandangkan hasil dianogsis mengesahkan mereka mati otak. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan