Gempar, 'Rusuhan' Di KLCC

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 3:57 PM

Latihan Amal Ex Rimau KL2017

  • 1 of 9
  • rusuhan1

    Penunjuk perasaan melakukan kekasaran terhadap anggota Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cuba mengawal kekecohan di tempat awam pada Latih Amal Ex Rimau sempena Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Ahad. Latihan yang berlangsung dua hari ini bertujuan menghalang sebarang insiden yang boleh mengancam ketenteraman awam sewaktu berlangsungnya temasya sukan itu pada 19 hingga 30 Ogos ini. Selain itu latih amal tersebut bagi mempertingkatkan siap siaga anggota keselamatan untuk menghadapi sebarang insiden serta dapat menanganinya dengan baik.

  • rusuhan2

  • rusuhan3

  • rusuhan4

  • rusuhan5

  • rusuhan6

  • rusuhan7

  • rusuhan8

  • rusuhan9

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh' serta mencetuskan kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira-kira 10 pagi dan dilihat memaki hamun pihak polis serta pengawal keselamatan apabila diminta bersurai secara aman.

Mereka turut bertindak merempuh dan memukul anggota polis sebelum anggota pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Bagaimanapun, insiden selama satu jam itu hanyalah latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di KLCC sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.

PDRM dalam kenyataan semalam berkata pegawai dan anggota polis akan berada di sekitar lokasi itu bagi latih amal yang bermula Ahad sehingga esok pada 8 pagi hingga 2 petang.

Kenyataan itu berkata latih amal berkenaan meliputi pelbagai elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am.

Selain itu, latihan berkenaan dapat menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta peranan dan tugas Komander-Komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

Sempena persiapan menjelang Sukan SEA pada 19 hingga 30 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan PDRM supaya mengadakan latih amal persiapan sebanyak lima siri termasuk di KLCC. -- Bernama   


Tags / Kata Kunci: KLCC , Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan