KSCIP Bakal Dibina Di Putrajaya - PM

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 3:31 PM

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melayan tetamu dari pelbagai bangsa pada Jamuan Aidilfitri Parlimen Pekan 2017 di Taman Tasik Sultan Abu Bakar pada Ahad. - Bernama

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan beliau dengan pembantu kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan pembantu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman yang berkunjung ke kediamannya di Putrajaya malam Sabtu.

"Pembinaan KSCIP di Putrajaya ini melambangkan betapa pentingnya institusi berkenaan dan Putera Mahkota Arab Saudi sendiri akan datang ke Malaysia bagi melancarkan pusat itu bersama-sama saya.

"Ini antara kejayaan kita kerana Raja Salman boleh memilih negara lain untuk membina pusat berkenaan tetapi baginda yang merupakan penjaga kepada dua kota suci orang Islam tetap memilih negara ini," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini pada Ahad yang dihadiri lebih 70,000 rakyat.

Pada masa ini KSCIP beroperasi di Kuala Lumpur dan kerajaan diberi tempoh dua tahun untuk membina pusat operasi baharu bagi KSCIP yang diilhamkan oleh Raja Salman semasa lawatan baginda ke negara ini, bertujuan menangkis pengaruh ekstremis dan aktiviti keganasan serta mempromosikan keamanan sejagat.

Dalam ucapannya, Najib meminta rakyat agar tidak gusar dan musykil dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana ia dilakukan untuk kebaikan mereka dan negara ini.

"Apa yang kita lakukan bukan hanya mendapat sambutan tetapi juga memperoleh sanjungan dan pengiktirafan daripada negara lain termasuk kerajaan Arab Saudi sendiri.

"Sebab itulah tidak benar kalau pembangkang kata negara ini sebuah negara gagal dan perlu diselamatkan. Sebenarnya kita telah selamat dan berjaya serta dapat pengiktirafan daripada negara luar.

"Malah orang yang kata negara perlu diselamatkan... yang dulunya pemimpin kita pun tidak pernah mendapat sanjungan sebegini daripada negara berkenaan. Jadi tidak perlulah nak selamatkan Malaysia," katanya.

Perdana Menteri turut mengesahkan kuota haji tambahan yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia dikekalkan manakala rundingan tentang pembinaan dua kompleks Tabung Haji di Makkah dan Madinah masih dijalankan.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata jika kompleks terbabit dibina, ia akan mengurangkan kos umat Islam negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada masa depan. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan