Henti Perlakukan Wanita Sebagai Objek - Najib

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 8:49 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti memperlakukan wanita sebagai objek, sebaliknya menjadi lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Perdana Menteri berkata beliau kesal dengan peristiwa membabitkan poster gadis iklan sebuah syarikat minyak yang tular baru-baru ini, walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka.

"Tindakan mereka yang terlibat membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster, sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita," kata Najib menerusi catatan dalam laman rasmi blog beliau, www.najibrazak.com.

Perdana Menteri berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita.

"Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek. Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.

"Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik," kata Najib.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap masyarakat kembali berpegang kepada prinsip Rukunegara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.Menurutnya budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk setiap manusia terus hidup bersama secara aman dan damai.

"Islam juga mengajar kita untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di www.najibrazak.com/bm/blog/kehebatan-tokoh-tokoh-wanita-dalam-sejarah-islam," kata Najib.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan