Dua Wakil Felda Dalam Lembaga Pengarah FGV

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju memberikan dua kerusi dalam Lembaga Pengarahnya untuk wakil Felda, bagaimanapun satu daripada kerusi itu adalah kerusi gantian.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, keputusan dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dengan pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, minggu lepas.

Katanya, sebelum ini, Felda memohon tiga wakilnya diletakkan dalam Lembaga Pengarah FGV tetapi langkah itu memerlukan FGV menambah bilangan Ahli Lembaga Pengarah kepada maksimum 13 orang.

"Berdasarkan perundingan dengan pihak FGV, mereka bersetuju memberikan dua kerusi kepada Felda, dengan satu daripadanya adalah  kerusi gantian.

"Dengan persetujuan ini, ia bermakna keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah adalah seramai 11 orang, iaitu tiga lantikan kerajaan, dua daripada Felda  dan enam lagi merupakan Lembaga Pengarah Bebas.

"FGV juga tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa semata-mata untuk menambah Ahli Lembaga Pengarah kerana bilangan sekarang masih termaktub dalam perlembangan syarikat," katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Parllimen Johor Bahru di sini, Sabtu.

Menurutnya, dalam keadaan FGV masih terumbang-ambing, Felda tidak mahu penetapan kerusi itu dilengah-lengahkan kerana FGV boleh terkesan dengan perkara negatif.

Tambahan pula, FGV kini kehilangan beberapa individu penting, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad dan  Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha yang dipaksa bercuti awal Jun lalu.

Turut berdepan situasi sama ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.Delima Oil merupakan anak syarikat FGV.

Sementara itu, Shahrir yang merupakan anggota Parlimen Johor Bahru berkata, Barisan Nasional (BN) mahupun masyarakat Felda tidak akan terkesan dengan analisis sesetengah pihak yang mengatakan BN akan kehilangan sekurang-kurangnya lima kerusi dalam kawasan Felda pada pilihan raya umum akan datang, ekoran krisis FGV itu.

"Analisis ialah analisis. Kita tidak boleh larang tetapi pada kami (BN), kita bekerja dan tidak berhenti," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Felda , FGV

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan