Isu Radar: Tunggu Hingga Siasatan Selesai

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 4:12 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena yang dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini kerana kes berkenaan ada kaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga kementerian lain.

"Kalau itu isu di peringkat Kastam dan kalau ada kaitan dengan anggota kita yang terlibat, saya tidak pernah melindungi mana-mana mereka yang meletakkan diri mereka melebihi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Ketereh di Kadok di sini Sabtu.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata ketika siasatan belum selesai, jangan ada pihak membuat tuduhan yang melulu seolah-olah memutuskan mereka yang tidak berdosa dikatakan sudah bersalah.

"Dalam konteks keselamatan ini bahaya, dengan moral anggota tentera yang sekarang ini diminta menjaga keselamatan kita semua, dalam keadaan di Selatan Mindanao cukup membimbangkan.

"Kalau diserang bertubi-tubi dengan isu-isu yang belum selesai siasatan, saya nak pertahankan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kerana mereka mempunyai tugas yang lebih besar untuk memastikan keselamatan, keamanan, ketenteraman dan kedudukan negara kita dalam rantau di mana Daesh telah bertapak iaitu di Marawi, Filipina," kata Hishammuddin.

Beliau mengingat semua pihak supaya tidak menjejaskan urusan penting dan moral anggota ATM.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris baru-baru ini melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Ia memetik sumber sebagai berkata barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabkan ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: radar , Pelabuhan Tanjung Pelepas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan