70 Tahun Jual Mi Kari

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 10:34 AM

Kooi Heang (kanan) melihat Kooi Lye menyediakan mi kari di gerai mereka dekat pasar Air Itam.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Walaupun sudah mencecah usia 80-an, adik-beradik yang terkenal dengan hidangan mi kari di Air Itam tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan perniagaan mereka apatah lagi bersara.

Dua warga emas itu masih kelihatan bertenaga menjalankan perniagaan mereka yang diusahakan sejak 1946!

Kunjungan The Star pada Rabu mendapati Lim Kooi Lye, 83, sedang leka mengisi kuah mi kari ke dalam mangkuk manakala kakaknya, Lim Kooi Heang, 85, duduk di atas kerusi rotan dan mengambil tempahan.

Ketika ditanya mengenai bersara, Kooi Heang sekadar tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Selagi kami boleh melakukannya, kami akan terus berniaga," katanya tanpa ragu-ragu.

Adik-beradik itu yang tidak pernah berkahwin, amat dikenali di kawasan itu kerana masih menjual mi kari yang dimasak di atas dapur arang.

Malah pengunjung akan menikmati hidangan itu dengan duduk di atas bangku rotan rendah dan menghadap adik-beradik tersebut.

Kedua-dua wanita itu berkata mereka mula membantu ibu mereka menjalankan perniagaan itu pada usia muda.

"Kami hanya pergi ke sekolah untuk beberapa tahun. Kemudian tentera Jepun datang dan sekolah kami dihentikan, jadi kami membantu perniagaan ibu.

"Kami masih muda pada waktu itu dan mi kari kami hanya berharga 20 sen semangkuk dan pelanggan duduk di kerusi yang sama seperti hari ini," katanya.

Gerai pasangan itu dibuka pada pukul 7.30 pagi dan mi kari mereka akan habis dijual pada pukul 1 tengah hari.

Kooi Heang berkata mereka akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk menyediakan bahan-bahan masakan.

Mereka hanya akan tidur lewat malam kerana perlu melakukan kerja pembersihan selain menyediakan pes cili untuk kegunaan keesokan harinya.

Ini adalah rutin harian sepanjang kehidupan mereka dengan hari Selasa dijadikan waktu untuk berehat.

Walaupun mengalami kesusahan sejak beberapa dekad, adik-beradik itu masih mampu melayan pelanggan dengan mesra dan ceria.

Tags / Kata Kunci: mi kari , Air Itam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan