Ibu Rayu SKMM Sekat 'Pengemis' Siber

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 3:00 PM

Laman Facebook palsu itu menggunakan gambar Aqil untuk mengutip derma daripada orang ramai. - Facebook/Asmah Jasmien

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa remaja yang menderita kanser tulang tahap empat merayu supaya Surunjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan terhadap individu yang menyamar sebagai bapa kepada anak mereka untuk memperdaya orang awam.

Ibu remaja terbabit, Asmah Jasmien berkata, pihaknya telah membuat aduan secara rasmi kepada SKMM pada pukul 1.30 petang Khamis selepas membuat laporan polis pada Rabu lalu.

"Polis menasihatkan agar kami turut membuat laporan di SKMM cawangan Johor Bahru agar individu yang menggunakan akaun Facebook palsu itu segera dijejaki dan akaun itu dapat disekat.

"Pegawai SKMM meminta agar kami sama-sama membuat laporan mengenai akaun tersebut kepada pihak Facebook sementara siasatan menyeluruh dijalankan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Asmah dan suaminya, Muhammad Zaki Mohd Nizam cuba meminta pihak bank yang terlibat untuk membekukan akaun individu terbabit.

"Bank belum boleh lakukan apa-apa kerana polis belum menjalankan siasatan dan setakat semalam akaun bank lelaki itu masih aktif.

"Kasihan pada orang awam yang telah hulurkan derma, padahal mereka tidak sedar sudah ditipu," ujarnya dengan kesal.

Pada Rabu lalu mStar Online melaporkan, sepasang suami isteri berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan gambar anak mereka untuk mengutip derma sebanyak RM500,000.

Individu yang dipercayai bernama Azman itu menggunakan laman Facebook portal berita Sinar Harian Online yang palsu untuk mengutip derma bagi merawat penyakit kanser yang dihidapi oleh Aqil Muhammad Zaki, 13.

Untuk makluman, laman Facebook rasmi akhbar berkenaan ialah Sinar Harian dan bukannya Sinar Harian Online.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan