'Yi Mooi, Di Mana Kamu?'

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 11:06 AM

Tat (kiri) dan Kan Poong menunjukkan gambar Yi Mooi, yang dicari oleh mereka.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Saudara kandung kepada Yong Yi Mooi, 71, berharap dapat bertemu kembali dengan wanita itu selepas diserahkan kepada keluarga angkat pada 1948 semasa dia berusia dua tahun.

Adiknya Kan Poong, 69, yang berasal dari Gerik, ingin menunaikan hasrat terakhir mendiang ibunya untuk mencari kakak itu.

Kan Poong, yang merupakan anak bongsu dalam keluara Yong, mempunyai tiga lagi adik beradik iaitu Mei Leng, 75, Jin, 73, dan Tat, 72.

Katanya, mereka semua dilahirkan di Kampung Baru Batu 12, Tanjung Rambutan.

Kang Poong, yang hanya mengetahui kewujudan Yi Mooi pada 1 Julai lalu, telah kembali ke Gerik selepas tinggal di England sejak 1972 dan berharap dapat bertemu dengan kakaknya dalam tempoh dua minggu sebelum dia kembali ke sana.

“Ibu saya cuba untuk mencarinya pada 1976 tetapi dia terlibat di dalam kemalangan.

“Sebelum ibu meninggal dunia pada tahun yang sama, dia memberitahu kami bahawa kami mempunyai seorang saudara kandung perempuan dan kami patut mencarinya,” kata Kan Poong pada satu sidang media, Khamis.

Abangnya, Yong Tat pergi ke Bidor pada 1970-an untuk mencari Yi Mooi tetapi ayah angkatnya, Wong Soon, telah meninggal dunia dan ahli keluarganya yang lain tidak dapat ditemui.

“Perkara terakhir yang kami ketahui, Yi Mooi telah berkahwin dan tinggal di Malim Nawar, tapi kami tidak tahu lokasinya.

“Saya dan adik beradik yang lain sangat berharap dapat bertemu dengannya,” ujar Kan Poong.

Chaw berkata dia akan memuat naik cerita tentang Yi Mooi di Facebook dan meminta orang awam berkongsi cerita itu untuk menolong mereka mencarinya.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan Yi Mooi, boleh menghubungi Kok Feng, anak saudara Kan Poong di talian 016-590 5593, Siew Leng di talian 016-428 9382 atau Chaw di talian 05-253 1532.

Tags / Kata Kunci: Yong Yi Mooi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan