Sejarah Juga Patut Wajib Lulus - Pembina

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 8:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta kerajaan untuk memperketatkan syarat lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dengan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain subjek Bahasa Melayu.

Presidennya, Eqwan Roslan berkata kerajaan perlu tegas dengan pelaksanaan Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 tahun 2011 yang menyatakan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula tahun 2013.

“Selain daripada memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rakyat Malaysia juga harus memahami sejarah Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan menerusi subjek Sejarah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, Pembina berpandangan memiliki keputusan SPM bukan sahaja penting dari sudut kompetensi untuk berkhidmat dan keupayaan bertutur tetapi sebagai pembentukan identiti dan asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan terus berwaspada dengan usaha dan desakan pihak tertentu yang cuba memberi tekanan ke atas kerajaan untuk mengubah identiti Malaysia demi kepentingan mereka.

Eqwan juga menghargai keputusan Kabinet untuk menolak usaha melonggarkan syarat Bahasa Melayu peringkat SPM untuk menjadi pegawai perubatan kontrak di Kementerian Kesihatan.

Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu membabitkan lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 berkata Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Persekutuan selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan yang perlu dipertahankan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Subjek Sejarah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan