Berapa Rakyat Malaysia Belanja Untuk Telefon Pintar?

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 12:36 PM

-foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK.

Terminal Jualan GfK menunjukkan peningkatan jualan ketara daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangkan oleh model telefon pintar pertengahan yang berharga di antara RM900 ke RM1,050, kata pengarah urusan organisasi itu bagi Asia Tenggara, Stanley Kee dalam satu kenyataan.

Beliau berkata rekod itu dibuat bermula Mac 2016 hingga Februari 2017.

“Telefon pintar berjenama dari China merupakan pemacu utama kepada peningkatan permintaan peranti mudah alih tahun lepas, yang mana ia juga mencatatkan jumlah tertinggi jenama telefon pintar baharu memasuki pasaran.

“Dengan peningkatan rangkaian mudah alih baru-baru ini, pengguna di negara ini sering menggunakan telefon pintar mereka bagi aktiviti seperti membeli-belah dalam talian, media sosial dan pencarian umum dalam internet,” katanya.

Terminal jualan GfK juga menunjukkan 37 peratus telefon pintar yang dijual di seluruh negara semasa tempoh itu mempunyai skrin bersaiz sekitar 5.01 hingga 5.6 inci, berbanding 21 peratus pada tahun sebelumnya, menjadikan peningkatan saiz skrin sebagai segmen terpantas dalam masa 12 bulan.

Kee berkata aplikasi membeli-belah juga semakin popular serta turut membuka laluan kepada pembayaran mudah alih.

“Lebih ramai pengguna hari ini menyumbang kepada peningkatan dagangan mudah alih (m-dagang) di Malaysia, membuat bayaran menerusi peranti mudah alih untuk membeli barangan runcit, tiket penerbangan dan perkhidmatan seperti Grab dan Uber,” katanya.

Beliau berkata pada 2016, kajian pengguna Pemantau Pembeli Elektronik GfK yang dilaksanakan di rantau Asia Pasifik, menunjukkan kebanyakan responden Malaysia menentukan harga dan jenama sebagai faktor utama dalam pembelian telefon pintar.

“Memandangkan pengguna Malaysia bergantung kepada harga, kami percaya kategori pertengahan telefon pintar akan terus mendominasi pasaran tahun ini,” kata Kee. 
-Bernama

Tags / Kata Kunci: telefon pintar , rakyat Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan