Kereta 'Atas' Kereta Tarik Perhatian

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menang kereta mewah sering kali menarik perhatian ramai, namun bagi seorang ahli perniagaan kenderaan miliknya begitu istimewa apabila dilekatkan dengan lebih 4,600 kereta mainan.

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 34, berkata, dia mula mengumpul kereta mainan sejak kecil dan memutuskan untuk menghiasi kereta Jaguar miliknya.

"Saya sukakan idea yang kreatif, Jaguar ini adalah kereta saya yang pertama dan ada nilai sentimental tersendiri," katanya pada Khamis.

Kreativitinya menyebabkan orang ramai sering kali mengambil kesempatan bergambar dengan kenderaan mewah itu di mana sahaja dia meletak kereta berkenaan.

"Setakat ini, tidak banyak kereta yang dilekatkan itu hilang dan untuk mengelak ada yang hilang saya perlu meletakkan kereta ini di tempat selamat," katanya.

Beliau berkata, dia membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk menghiasi kereta mewahnya menggunakan gam khas dan ia siap dalam masa tiga minggu.

Mahadi berkata, sejak mula memandu kereta yang siap dihias itu pada Januari, banyak tawaran untuk membeli kenderaa itu diterima.

"Saya tidak akan menjual kereta ini kerana ia memang kereta impian saya sejak muda lagi," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Jaguar , Mahadi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan