Harga Petrol Mungkin Akan Jadi lebih Liberal

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 8:48 AM

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga petrol mungkin akan menjadi lebih liberal lagi pada masa akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata sebuah aplikasi akan dibangunkan bila tiba masanya untuk memberitahu pengguna harga petrol di pam minyak yang berbeza.

“Pada masa ini, banyak stesen minyak telah mula memaparkan harga petrol seliter yang berubah setiap minggu. Itu usaha mereka semua yang patut dipuji pada masa ini, “ kata Hamzah ketika Majlis Rumah Terbuka  Hari Raya Aidil Fitri kementerian itu di sini, Rabu.

Aplikasi yang akan dibangunkan itu bakal membantu syarikat minyak, stesen petrol dan pengguna  untuk berinteraksi sesama mereka bagi mencari harga petrol yang berpatutan di negara ini.

Pada masa ini, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel mingguan setiap Rabu yang berkuatkuasa selepas tengah malam dan mekanisme itu memberikan pengguna menikmati  harga  jualan bahan api yang lebih stabil berbanding harga bulanan.

Hamzah juga berkata kementerian itu akan mengadakan lagi perbincangan dengan peniaga petrol  pada minggu hadapan sebelum memuktamadkan satu mekanisme harga petrol yang baharu. -Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan