Tiada Kes Rabies Baharu

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PUTRAJAYA: Tiada kes penyakit anjing gila atau rabies baharu yang dilaporkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam (gambar) pada Rabu.

Sehingga Selasa, katanya, 68 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak daerah Serian, Sarawak dan rawatan dan vaksin serta aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies turut diberikan kepada penduduk kampung.

Katanya 11 pasukan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah melaksanakan 'Pengesanan Kes Aktif (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing di 19 kampung di Serian, melibatkan 2,098 pintu rumah dan 6,094 orang ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.

Dalam sidang media di kementeriannya di sini, Dr Subramaniam berkata kes gigitan anjing itu disyaki berpunca daripada penularan wabak rabies yang aktif di Kalimantan yang bersempadan dengan Serian.

"Saya diberitahu mungkin anjing liar yang dijangkiti virus di Kalimantan telah melintas sempadan dan datang ke kawasan Serian.

Ini boleh jadi punca kepada kes-kes di Sarawak. Saya difahamkan ia adalah penularan wabak yang serius di Kalimantan.

Kalau mengikut sejarah, Malaysia pernah alami kejadian rabies sebelum ini di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kerana ada anjing dari Thailand memasuki sempadan kita.

Jadi, kita berpendapat mungkin cara yang sama penyakit anjing gila itu merebak di Serian kerana bersempadan dengan Kalimantan," katanya.

Pada Selasa, dua daripada tiga kanak-kanak yang dijangkiti rabies di Sarawak meninggal dunia selepas mengalami kematian otak dan ibu bapa mereka bersetuju bantuan pernafasan dihentikan.

Seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun masih dirawat di Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam turut memberi jaminan bahawa vaksin termasuk vaksin immunoglobulin dari Singapura untuk manusia dan anjing adalah mencukupi.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada semua anjing, dengan keutamaan pertama adalah anjing peliharaan yang ada sentuhan dengan manusia dan kemudian anjing liar di seluruh kawasan itu selepas menjalankan satu kajian terperinci.

"Kementerian Kesihatan akan memantau secara rapi kesemua 68 kes gigitan anjing yang berlaku sejak April lalu kerana tempoh inkubasi untuk rabies adalah agak lama.

Kita yakin tidak akan ada kes baru. Bagi mereka yang mempunyai sejarah gigitan anjing, kita akan memantau dan memberikan vaksin," - Bernama

Tags / Kata Kunci: rabies

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan