TAP Bakal Dilancar

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trilateral Air Patrol (TAP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di Laut Sulu dijangka akan dilancarkan di Pangkalan Udara Subang dekat sini, tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata TAP adalah antara inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkasa pengawasan keselamatan dan kesiapsiagaan ruang udara dan maritim.

"Pelaksanaan TAP susulan pelaksanaan Trilateral Maritime Patrol (TMP) Indomalphi bagi memerangi keganasan. TMP bertujuan memastikan anggota militan termasuk militan Daesh tidak menjadikan Laut Sulu sebagai laluan tikus untuk menceroboh masuk ke tiga negara ini serta bagi menangani aktiviti lanun, penculikan dan rompakan bersenjata di perairan ini," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Hishammuddin yang juga Menteri  Tugas-Tugas Khas berkata beliau sentiasa berhubung dengan rakan-rakan sejawatan dari negara-negara ASEAN bagi membincangkan strategi dan pendekatan terbaik untuk memerangi kumpulan Daesh.

"Saya telah menghubungi rakan sejawatan saya dari Filipina iaitu Delfin Negrillo Lorenzana bagi menyatakan kesanggupan Malaysia untuk membantu Filipina dalam apa jua cara dan keadaan yang ketika ini berhadapan dengan ancaman keganasan," katanya.

Hishammuddin berkata beliau akan menghubungi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jeneral James Mattis pada Khamis ini bagi membincangkan perkembangan terkini kegiatan kumpulan militan Daesh di Timur Tengah.

"Saya sentiasa memantau secara dekat perkembangan kegiatan kumpulan militan khususnya Daesh di Timur Tengah. Ini kerana, situasi yang berlaku di Timur Tengah mampu memberi kesan besar kepada keselamatan negara dan rantau ini," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara di Timur Tengah dalam masa terdekat khususnya di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

"Ini bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi di Timur Tengah selain berkongsi pandangan berhubung pendekatan terbaik bagi menangani ancaman kumpulan Daesh.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi, Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi membincangkan penubuhan King Salman Centre For International Peace di Kuala Lumpur," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TAP , Hishammuddin Hussein

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan