Apa Kata Lelaki Dua Isteri Ini Tentang Poligami?

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 12:42 PM

Mohd Fhairul (tengah) bersama isteri pertama, Nurul Hardrah Abu Kahar, 31, dan isteri kedua, Siti Alizah Marsedeh, 20. Foto Facebook Mohd Fhairul Azizzy

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara cabaran #gambarrareraya yang tular baru-baru ini kerana bergambar bersama dua isterinya berwajah seiras kini kembali dengan mesej poligami buat lelaki dan wanita di luar sana.

“Saat ini nisbah lelaki dan perempuan adalah perempuan lebih ramai, lelaki pula sedikit. Jadi bagaimana seorang wanita mahu terus berseorangan tanpa berkahwin melainkan dengan poligami? Siapa yang mahu poligami?,” katanya di akaun Facebooknya pada lewat petang Isnin. 

Mohd Fhairul Azizzy Ramli, 32, ketika dihubungi mStar Online berkata, ‘posting’ itu bertujuan untuk berkongsi kemanisan hidupnya berpoligami dengan orang ramai. 

Tambah anak kelahiran Segamat, Johor ini, sejak kisahnya tular, ramai lelaki terutama yang berkahwin meminta pandangan dan tips mengenai hidupnya berpoligami.

“Mereka tanya saya macam boleh hidup serumah dengan isteri pertama dan kedua, tetapi masih boleh berbaik bersama.

“Pada masa sama, saya juga mendapat kecaman daripada segelintir wanita yang menentang mahupun tidak menyokong saya hidup berpoligami.

“Malah, ada yang kata dalam gambar saja kelihatan mesra, tetapi sebenarnya mungkin kedua-dua isteri saya bermasam muka. Jujurnya, saya dan isteri-isteri tak ada masalah. Kami baik-baik saja,” katanya.

Gambar Mohd Fhairul mengangkat kedua-dua isterinya kini tular di media sosial selepas menyertai cabaran #gambarrareraya. 

Mohd Fhairul mendapat perhatian baru-baru ini selepas gambarnya mengangkat kedua-dua isteri dengan masing-masing menggunakan sebelah tangan menjadi pilihan ‘juri’ dalam kalangan netizen sehingga tular di media sosial.

Menurut pengusaha restoran ini, namun bukan semua wanita yang mengecamnya kerana ada antara mereka meminta bantuan bagi menangai masalah perkahwinan.

“Wanita-wanita ini meluahkan perasaan tidak merasai nikmat perkahwinan sebagai isteri kedua kerana hubungan dengan isteri pertama tidak baik, suami pula tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik antara mereka,” kata Mohd Fhairul.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, jumlah penduduk di negara ini adalah 31.66 juta orang, terdiri daripada 16.36 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan.

"Doakan kami sekeluarga yang baik-baik," kata Mohd Fhairul.

Mengenai statistik yang bertentangan dengan kenyataannya, katanya, apa yang cuba disampaikannya adalah secara santai supaya orang ramai memahami maksud tersirat.

“Bukan semua lelaki mahu berkahwin walaupun jumlah mereka di negara ini melebihi perempuan. Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan termasuk andai kata jodoh mereka bersama lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak ini berkata, dia bersedia berhadapan dengan sebarang kritikan dan kecaman orang ramai mengenai perkongsian mesejnya tentang hidup berpoligami.

“Kalau ada yang mahu mengecam, saya terima kerana hati orang lain-lain. Tetapi adalah lebih baik jika ditanya tentang rahsia perkahwinan saya berbanding mengecam. Seeloknya, doakan kami sekeluarga yang baik-baik saja,” kata Mohd Fhairul.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan