Tular: 'Lelaki Jelita' Pula Cari Jodoh

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 9:55 AM

Gambar Ervan Rizuan di set penggambaran ketika mempromosikan sebuah pakej pelancongan di Terengganu. - Instagram/Ervan Rizuan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tular mengenai lelaki kacak macam 'Shah Rukh Khan' mencari jodoh di laman sosial, kini giliran 'lelaki jelita' pula mencuba nasib untuk mencari pasangan hidup.

Dia bukan sebarang lelaki, tetapi seorang personaliti media sosial yang terkenal dengan pelbagai video parodinya.

Anak jati Terengganu yang popular dengan panggilan Ervan Rizuan itu  memuat naik status berkenaan di Facebook dan Instagram miliknya pada petang Isnin dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi posting berkenaan, Ervan Rizuan memaklumkan bahawa dia berbuat demikian bagi memenuhi permintaan ibu bapanya yang mahu melihat dia mendirikan rumah tangga.

Personaliti yang baru berusia 22 tahun itu bukan sekadar 'tin kosong' kerana turut mendedahkan tentang kedudukan kewangannya yang stabil untuk melamar bakal isteri yang berminat menjadi suri hatinya.

Lebih menarik, usahawan yang merupakan pengasas bersama jenama pakaian dan produk kecantikan dengan rakan niaganya, Fares Chong, 22, mencari jodoh secara serentak pada posting (gambar) tersebut.

"Senang cerita kami sedang mencari bakal isteri, mana tahu jumpa jodoh di sini. Mak ayah duk sibuk tanya je.

"Ciri-ciri bakal isteri tu tak kisah macam mana, umur berapa tapi kalau boleh yang minat business (perniagaan) juga.

"Tak belajar tinggi tak apa asalkan rajin, pandai jaga suami," katanya.

Bagaimanapun, niat baik mereka menerima kecaman netizen kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua usahawan itu mendedahkan tentang pendapatan dan harta yang dimiliki.

Ervan Rizuan berhasrat untuk menyunting 'bunga' yang sudi menerima seadanya.

Pemilik Facebook, Nur Ikhmal berkata: "Duit banyak cari bini (isteri) macam tarik customer (pelanggan). Nak umum gaji empat angka lah, nampak sangat yang try (cuba) kau semua ni kaki kikis."

Manakala Dila Fadzrey pula berkata: "Nak cari bini macam cari staff (pekerja). Harap-harap kau tak dapat gold digger (pisau cukur) la.

"Rupa ada duit ada, tapi tu lah, tak kena cara. 90 peratus makwe (wanita) yang offer (tawar) diri tu daripada kalangan materialistik," ujarnya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook dengan nama Taufik Khairuddin sedang mencari jodoh buat abangnya, Eddy Khairuddin.

Taufik turut menyertakan beberapa gambar abangnya yang dikatakan kacak seperti bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan.

Tags / Kata Kunci: Ervan Rizuan , Fares Chong

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan