Malaysia Bebas Penyakit Selsema Burung

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 1:27 PM

Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata pengumuman itu dibuat berikutan tiada pengesanan baru penyakit itu selama 90 hari sejak pembasmian kuman yang terakhir dibuat pada 1 April lalu.

"Tempoh 90 hari tersebut adalah syarat yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dalam menangani penyakit-penyakit haiwan seumpama ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Quaza Nizamuddin berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menghantar laporan penuh kepada OIE mengenai situasi dan langkah-langkah yang telah diambil untuk membolehkan OIE menyenaraikan Malaysia secara rasmi sebagai satu daripada negara bebas penyakit selsema burung H5N1.

Dengan status itu, katanya negara pengimport seperti Jepun, Indonesia, Sri Lanka dan China dijangka membuka sekatan eksport sementara yang dikenakan sebelum ini dan membenarkan semula kemasukan ayam, itik dan sarang burung walit dari Malaysia.

Kes HPAI dikesan  pada 28 Februari  di Kampung Pulau Tebu, Mukim Tunjung, Jajahan  Kota Bharu dalam kelompok 26 ekor ternakan ayam kampung di mana 16 daripadanya didapati sakit.

Ayam yang sakit menunjukkan tanda klinikal seperti bengkak muka, tiada selera makan dan balung berwarna merah kebiruan dengan kadar kematian yang tinggi.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri apabila wabak itu merebak dari Kota Bharu dan Pasir Mas ke Bachok dan Pasir Puteh.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Selsema Burung

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan