Lelaki Dikecam Gara-Gara Wajah Anime

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wajah 'anime' sering menjadi trend dalam kalangan penduduk lelaki di negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Namun, baru-baru ini tular seorang lelaki warga tempatan yang berwajah anime.

Lelaki tersebut yang menggunakan nama Facebook, Miyyo Rizone II memiliki wajah putih dan gebu persis artis Korea yang menjadi kegilaan remaja hari ini.

Difahamkan lelaki tersebut merupakan pemilik MR Beauty Line yang menjual produk pemutih kulit.

Berdasarkan tinjauan di laman Facebooknya, Miyyo turut berkongsi artikel yang memaparkan gambar mengenai perubahan wajahnya. 

Perubahan ketara pada wajah lelaki itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Dua keping gambar dalam artikel yang dikongsi Miyyo di Facebook miliknya.

Ada di antara mereka menyifatkan lelaki itu seperti watak dalam cerita Final Fantasy.

Malah ada juga yang menganggap gambar tersebut disunting untuk menampakkan wajah seperti lelaki Korea.

Muhammad Abdullah berkata:"Ni edit jelah. Yes edit yang melampau. Macam yang orang Korea muka anime tu buat. Dia ni mesti tiru yang dari Korea anime tu. Ko tengok kayu yang dalam bulatan merah tu. Kan tak straight, bermakna dia liquify muka sampai objek sekeliling dia pon tereffect. Unless lau pandai photoshop. Baru edit akan nampak natural.

"Muhd Fahme berkata:"Nampak benar plastik."

Putri Putri Syafika berkata:"Pelik menakutkan."


Sementara itu, ada juga netizen yang memberi sokongan kepada lelaki tersebut yang memintanya supaya bersabar dengan ujian yang dihadapinya.

Nad Semi First berkata: Aku tengok your face Miyyo time viral haritu. Aku 100% pasti kau jual produk. Stalk wall haha tak sangka betul. Sabar ek. Semoga murah rezeki.

Nor Hidayah Sallehudin pula berkata:"Hikmahnya nanti ramai beli produk adik."

Selepas gambar tersebut menjadi tular sejak beberapa hari lalu, Miyyo dalam status di laman Facebooknya berkata:"Maaf handphone terpaksa ditutup hari ini lepas jadi macam ni. Call tak henti-henti masuk. WhatsApp dan Chat pun tak dapat nak balas. Maaf."

Tags / Kata Kunci: wajah anime

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan