Apa Saja Demi 'Mek'

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Biarlah apa orang nak kata, saya akan berikan apa sahaja kepada mek (ibu)", kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan Datuk Seri Vida memberitahu mStar Online , beliau berasa pilu dengan tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan perbuatannya memanjakan ibu tercinta dengan wang ringgit dan barangan mewah.

Jelas usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu percaya, orang luar dan individu yang rapat dengannya berbuat demikian kerana selama ini Vida tidak dibesarkan oleh ibu kandungnya.

"Saya berpisah dengan ibu sejak berumur 14 bulan dan hanya berjumpa semula dengannya kira-kira enam tahun lalu.

"Saya dah janji untuk mencari ibu kerana dialah ibu kandung saya sampai bila-bila," ujar pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu.

Vida menerusi akaun Facebook Sayang-Sayang DSV pada Ahad telah menyiarkan rakaman secara langsung yang menunjukkan dia memenuhi permintaan ibunya yang meminati beberapa koleksi beg tangan berjenama miliknya.

Melalui video tersebut, ibu Vida berkenan untuk memiliki tiga tas tangan pelbagai jenama berwarna ungu, jingga dan merah jambu.

Kata Vida, harga bagi ketiga-tiga beg tangan itu berjumlah belasan ribu ringgit.

"Saya memang sayang beg-beg tu sebab saya seorang pengumpul beg tangan berjenama. Apa yang dirakam itu adalah reaksi sebenar saya.

"Buat apa saya nak sorok perasaan sebenar kerana saya memang sayangkan beg-beg itu. Tapi kalau mek suka, saya berikan saja," katanya.

Vida dan ibunya (kanan) yang kelihatan gembira dengan koleksi beg tangan yang diberikan oleh pengasas Qu Puteh itu.

Pada video tersebut, Vida turut dilihat memberi wang saku kepada ibunya sebanyak RM3,000 dan secara berseloroh bertanya kepada ibunya tentang apakah yang akan dibuat dengan wang sebanyak itu.

Ini kerana, kata Vida ada insiden di mana wang sebanyak RM10,000 sebulan yang diberikannya sebelum ini habis digunakan, walhal ibunya bukan seorang yang boros.

"Saya bagi tahu mek, saya bukan ingin menunjuk-nunjuk kepada sayang-sayang semua. Tapi saya takut kalau ada orang yang ambil kesempatan ke atasnya.

"Sejak orang tahu mek itu ibu saya, ramai yang datang berjumpa dengannya untuk minta sponsor (tajaan). Saya syak orang minta duit daripada mek," ujarnya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Vida turut memberitahu, biarpun beliau gemar memanjakan orang disekelilingnya dengan pelbagai barangan berharga, namun ia tetap tidak dapat membeli 'cinta'.

Vida cuba memujuk agar ibunya tinggal bersama beliau dan dua lagi anaknya, namun terpaksa akur dengan keinginan ibunya untuk tinggal di kediaman lain.

"Mek nak balik tinggal di rumahnya di Sungai Durian, Perak. Dia lebih selesa di sana," kata Vida.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Vida

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan