“Tak Sangka Lepas Tolong Orang Saya Pula Susah”

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 11:24 AM

Mohd Hafiz (kiri) bersama pemilik dompet, Mohd Zukri Kasiran dan isteri yang datang mengambil semula dompetnya yang hilang di Dungun, Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki berdepan kesusahan selepas berjaya membantu individu lain yang tidak dikenali mendapatkan semula dompetnya yang berisi wang tunai hampir RM1,000 yang hilang minggu lepas.

Mohd Hafiz Ismail, 27, telah menjumpai dompet tersebut di Lebuhraya Pantai Timur II (LPT 2) pada hari raya ketiga, sebelum membuat posting di Facebook untuk menjejaki pemilik dompet berkenaan.

Dengan bantuan netizen, maklumat tersebut tular dan telah sampai ke pengetahuan pemilik dompet, Mohd Zukri Kasiran yang kemudian datang dari Kuantan bertemu Mohd Hafiz di Dungun, bukan sahaja untuk mengambil dompetnya, tetapi juga untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.

Bagaimanapun, kegembiraannya tidak bertahan lama kerana sehari selepas pertemuan itu, sekali lagi telefonnya tidak henti-henti berdering, kerana posting asalnya dipercayai telah diubah dan dikongsi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya terkejut apabila mendapat ratusan mesej dan panggilan telefon tentang seorang wanita, sedangkan posting saya mengenai dompet seorang lelaki yang hilang dan kes telah selesai.

“Bila saya selidik, barulah saya sedar posting asal saya telah disunting menjadi satu cerita lain yang mengelirukan,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Mohd Hafiz berkata posting yang telah diubah itu menunjukkan bahawa dirinya sedang mencari seorang wanita, kerana beliau telah menjumpai dompet wanita berkenaan.

Posting itu turut menyertakan gambar pasport wanita berkenaan, tetapi maklumat lain seperti lokasi beg duit ditemui dan nombor telefon Mohd Hafiz tidak diubah.

“Apabila disemak, wanita itu adalah seorang gadis yang hilang di Kedah dan berita mengenai kehilangannya ada disiarkan dalam surat khabar,” katanya.


Tambahnya, beliau telah cuba memberi penjelasan di ruangan komen tetapi tidak mampu disebabkan ramai yang berkongsi posting palsu itu di Facebook dan ia tersebar dengan cepat.

“Saya dapat banyak sangat panggilan dan mesej, ada yang marah, ada yang tak faham cerita dan ada juga yang simpati nak tolong cari wanita berkenaan.

“Saya serabut, tak boleh buat kerja. Saya terpaksa ‘off’ telefon dan guna nombor lain,” katanya.

Menurut Mohd Hafiz, beliau tidak menyangka akan berdepan situasi seperti ini apabila menggunakan Facebook sebagai platform untuk membantu orang lain.

Bagaimanapun, beliau tidak menyesal dengan tindakannya menggunakan media sosial dalam usaha menyerahkan semula dompet yang ditemuinya kepada si pemilik.

“Ini sesuatu yang saya tak pernah bayangkan berlaku. Perkongsian di Facebook sebenarnya boleh membawa kebaikan dan keburukan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, buat masa ini beliau belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan atau membuat laporan polis.  

Beliau akan menunggu beberapa hari lagi dan berharap keadaan reda dan beliau dapat menjalani kehidupan tenang seperti sediakala.

Tags / Kata Kunci: dompet hilang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan