JPJ Perak Buka Tender 'AKU'

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan siri AKU yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak bermula hari ini sehingga 18 Julai ini.

Pengarahnya Mohd Zawawi Zakaria berkata, nombor siri yang bermula dari nombor 1 hingga 9999 ditawarkan kepada orang ramai mengikut nombor pilihan masing-masing dengan pendaftaran sebanyak RM10.

Nombor siriyang ditawarkan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Nombor Bernilai Utama iaitu 1 hingga 10, Nombor Menarik antaranya 2222, 4444, 11, 12 dan 14, dan Nombor Popular seperti 9090, 7070, 2266 dan 4400.

Bagi Nombor Bernilai Utama, harga minimum RM10,000, Nombor Menarik minimum RM2,000 manakala Nombor Popular harga minimum RM300.

Pemohon perlu membayar wang pendaftaran sebanyak RM10 selain wang pendahuluan 50 peratus daripada harga tempahan. Sekiranya pemohon gagal mengikut syarat yang telah ditetapkan permohonan akan ditolak,katanya dalam sidang media di ibu pejabatJPJ Perak di sini.

Menurut Mohd Zawawi ada beberapa nombor pendaftaran yang tidak termasuk dalam kategori nomborpilihan namun menjadi pilihan ramai termasuk selebriti turut dimasukkan dalam tender dan dikategorikan sebagai Nombor Popular seperti 8055, 1305 dan 805.

Kita tidak boleh jangka berapa nilai bidaan tertinggi bagi nombor tersebut kerana ramai yang memilih nombor itu kerana ia seperti perkataan AKU BOSS, katanya sambil menambah keputusan bagi permohonan dijangka diperoleh dua hingga tiga minggu selepas tarikh tamat permohonan.

Katanya setakat ini nilai bidaan tertinggi yang direkodkan oleh JPJ Perak ialah baginombor plat kenderaan AKK 1 iaitu RM288,000 pada tahun lepas.

Sementara itu,seorang jurutera Mohd Azlan Mohd Moosa, 32, berkata beliau akan membida plat nombor AKU 7171 untuk kereta baharunya.

Saya memilih 7171 kerana keluarga saya menggunakan plat nombor ini dan dua kereta serta sebuah motosikal saya juga menggunakan nombor plat yang sama selain ia senang diingat,katanya.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ketika dihubungi Bernama berkata beliau akan menghantar wakil untuk membuat permohonan bidaan plat nombor bagi kenderaannya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Aku , JPJ Perak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan