Tiada Lagi Poster 'Awek Shell'

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Shell pada Isnin memutuskan untuk menarik balik semua papan poster yang memaparkan seorang wanita mempromosikan bahan api dari rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu susulan gambar-gambar menunjukkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap model wanita pada poster berkenaan sehingga tular di media sosial.

Shell dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,” menurut syarikat minyak itu.

Terdahulu, mStar Online melaporkan seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang 'mencabul' model wanita pada posternya di stesen minyak tampil memohon maaf di atas tindakannya yang keterlaluan itu.

“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya menerusi paparan skrin akaun Instagram ‘_nasrulazmi’ yang dikongsikan di Facebook Mualim Mohd Fadhli pada Ahad.

Sementara itu, model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang 'mencabul' poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.

Nor Shafila mula dikenali selepas papan posternya bersaiz separuh badan sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Tidak lama kemudian, Nor Shafila 'muncul' sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex.

Artikel berkaitan: Lelaki Cabul ‘Awek Shell’ Mohon Maaf dan Jangan Melampau!

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan