Menteri Diminta Perjelas Isu Syarat Lulus BM

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 9:15 PM

Douglas Unggah mengalu-alukan ketibaan Ahmad Zahid ke rumah terbuka Gawai Dayak di Kuching. foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua menteri berkenaanakan diminta berbuat demikian pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

"Saya akan meminta Datuk(Seri Dr) Subramaniam untuk membuat penjelasan mengenai kontroversiitudan juga akan meminta menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Joseph Entulu untuk memberi maklumat mengikut perspektif JPA," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media ketika melakukan kunjungan Hari Gawai Dayak di kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah di Taman BDC, Stampin di sini Isnin.

Katanya, ia adalah bagi pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di akar umbi, terutama di kalangan pejuang-pejuang bahasa kebangsaan.

Bagi saya, perkara ini seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan kita harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri yang berkenaan supaya perkara ini tidak lagi dikontroversikan dan menjadi polemik terutama menjelang hari besar (pilihan raya) sehingga ia dimanipulasikan oleh pihak yang anti-establishment, kata Ahmad Zahid.

Dalam perkara ini, saya memandang keputusan yang dibuat oleh JPA dan juga Jabatan Kesihatan bukan terhadap penjawat awam tetap tetapi terhadap penjawat awam secara kontrak dan itu sebabnya saya mahu pencerahan dapat dilakukan oleh kedua-dua menteri berkenaan, tambahnya.

Terdahulu, ketibaan TImbalan Perdana Menteri serta rombongan diberi sambutan tradisi masyarakat Iban.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri Kabinet negeri Sarawak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: lulus BM , pegawai perubatan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan