FGV Rujuk Kes CEO, CFO Kepada Panel Siasatan Dalaman

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memutuskan untuk merujuk Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha kepada Panel Siasatan Dalaman.

Keputusan itu dibuat selepas menilai dan menimbang surat tunjuk sebab mereka berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Kedua-dua, Zakaria dan Ahmad Tifli pada masa ini sedang bercuti.

“Lembaga telah menubuhkan panel yang sewajarnya daripada dalam Kumpulan FGV. Anggotanya bukan terdiri daripada para pengarah FVG,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Isnin.

FGV juga berkata semasa proses siasatan itu, lembaga tidak akan mengulas dan/atau campur tangan berhubung perkara tersebut.

“Lembaga hanya akan membuat pengumuman yang perlu apabila panel telah menyerahkan keputusannya kepada lembaga dan satu resolusi telah dicapai. Proses ini dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan,” kata syarikat itu.

FGV berkata lembaga juga memutuskan untuk menghantar nota peringatan kepada Zakaria bagi mengingatkan beliau bahawa semasa bercuti, beliau masih merupakan kakitangan FGV dan terikat dengan kod tata laku dan etika perniagaan syarikat bagi kakitangan.- Bernama

Tags / Kata Kunci: FGV , Zakaria

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan