Rabies: Penduduk Diarah Kurung Kucing, Anjing

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Penduduk-penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di sini telah diarah mengurung anjing dan kucing mereka mulai Ahad ekoran penularan virus Rabies atau penyakit anjing gila.

Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan itu pada pertemuan dengan penduduk kampung berkenaan, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuching, pagi Ahad.

Selain itu, para penduduk juga diberitahu bahawa vaksin Rabies akan dibawa ke kampung berkenaan padaIsnin, kata seorang penduduk, Lainus Luak, 74, kepada Bernama hari ini.

“Mereka beritahu langkah kurung anjing dan kucing adalah antara proses mengesan haiwan yang dijangkiti penyakit itu. Mereka juga minta maklumkan jika ada haiwan yang sakit atau mati untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Pesara kerajaan, Cosmas Luak, 61, pula berkata beliau reda jika empat anjing peliharaannya terpaksa dihapuskan bagi mengelak virus Rabies.

Cosmas berkata anjing peliharaannya itu pernah diserang oleh anjing luar selepas sambutan Hari Gawai.

"Esok, mereka (Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar) akan datang lagi. Penduduk kampung perlu daftar kucing dan anjing masing-masing untuk diperiksa," katanya.

Selain itu, katanya penduduk yang pernah digigit anjing atau kucing juga akan diperiksa mulai Isnin.

Menurutnya kali terakhir beliau dan penduduk kampung menghapuskan anjing yang disyaki membawa virus Rabies adalah pada minggu lepas.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Rabies , Anjing Gila

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan