Pegawai Perubatan Kontrak Diberi Kelonggaran Syarat Lulus BM

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 1:18 PM

Dr Noor Hisham Abdullah.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu(BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, mereka yang layak akan menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan juga perlu lulus BM di peringkat SPM.

"Terdapat beberapa skim perkhidmatan lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu kredit BM sebagai syarat lantikan.

"Justeru, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggaran syarat lulus BM semasa lantikan kontrak perlulah memenuhi syarat lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata pihakny aturut mengambil maklum calon persendirian yang mendaftar peperiksaan SPM kali pertama boleh memohon kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mengambil BM sebagai mata pelajaran tunggal bagi memenuhi syarat perkhidmatan untuk lantikan ke perkhidmatan awam tanpa perlu menduduki subjek SPM lain.

"Kementerian Kesihatan akan berbincang selanjutnya dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pendidikan untuk melicinkan proses calon persendirian yang terlibat," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JPA , Noor Hisham , BM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan