Anjing Berkelakuan Pelik, Gigit Lebih 10 Individu

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 9:20 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Penduduk Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dekat sini, mendakwa anjing peliharaan mereka mula dikesan berkelakuan pelik sejak hujung April lepas.

Arry Baee, 46, berkata anjing-anjing peliharaan itu bertindak liar dan mengigit penduduk kampung menyebabkan mereka terpaksa bertindak membunuh haiwan tersebut.

"Kami mula mengesan perubahanterhadapanjing-anjing tersebut apabila ekor melengkung ke bawah, air liur meleleh tidak henti-henti dan bertindak agresif dengan menerkam apa sahaja sama ada pokok, manusia atau ekor sendiri.

"Semakin lama, haiwan itu berkelakuan tidak normal, berlari ke sana sini. Ada satu kes seorang nenek digigit anjing, dan haiwan itu kemudian lari seperti 'gila' ke jalan raya dan dilanggar kereta," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan.

Berikutan itu, beliau berkata penduduk kampung sebulat suara mengambil keputusan untuk membunuh anjing yang berkelakuan tidak normal selepas berbincang sesama mereka.

Bekerja sebagai petani, Arry berkata dia sendiri terpaksa membunuh dua ekor anjing peliharaannya selepas dikesan berkelakuan tidak normal.

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak, dijangkiti virus rabies dan kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Tinjauan Bernama di kampung yang terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuching itu, mendapati aktiviti harian penduduk majoritinya petani masih berjalan seperti biasa.

Turut kelihatan beberapa ekor anjing yang masih bebas berkeliaran di kampung tersebut.

Paul Ken Gapaya, 57, berkata lebih 10 individu di kampung tersebutdikatakan digigit anjing sejak hujung April lalu.

"Sepanjang pengetahuan saya, lebih 10 individu di kampung ini telah digigit anjing tetapi mereka segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran," katanya.

Dalam pada itu, Paul turut melahirkan rasa simpati terhadap dua beradik terbabit, kanak-kanak lelaki berusia empat dan kakaknya enam tahun, yang menjadi mangsa virus rabies atau penyakit anjing gila.

"Saya memang kenal mangsa ini. Mereka anak kelima dan bongsu daripada enam beradik danselalu kelihatanberjalan bersama-samadi sekitar kampung," katanya.

 -BERNAMA
Tags / Kata Kunci: anjing gila , Rabies

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan