Bekas Adun Tupong Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman meninggal dunia di Pusat Perubatan Timberland (TMC) petang Ahad.

Beliau berusia 66 tahun.

Anak beliau, Siti Masitah, 34, berkata bapanya meninggal dunia pada 4.10 petang akibat komplikasi jantung selepas dimasukkan ke TMC sejak Rabu.

"Ayah mengadu sakit di bahagian perut sejak Raya pertama (pada Ahad) sebelum ke TMC pada Rabu.

"Kira-kira 2.30 petang tadi, ayah nazak sebelum disahkan doktor meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini.

Daud berkhidmat sebagai Adun Tupong selama lima penggal sejak 1991 sebelum mengundur diri dan tidak bertanding pada pilihan raya negeri 2016.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Noraini Hussin,64, seorang anak lelaki berusia 37 tahun serta dua anak perempuan berusia 31 dan 34.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada Isnin. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Daud Abdul Rahman

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan