Tiga Kanak-Kanak Dijangkiti Penyakit Anjing Gila

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 9:00 AM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak telah dijangkiti Rabies atau penyakit anjing gila.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kejadian kluster jangkitan rabies yang telah dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lepas.

Menurutnya, kesemua kes yang melibatkan mangsa berumur empat, enam dan tujuh tahun pada awalnya disyaki menghidap penyakit viral encephalitis dan menunjukkan tanda dan gejala seperti demam, kadang-kala bersikap pelik, agresif dan rasa takut terhadap air.

Dalam kes pertama, mangsa mengalami tanda dan gejala seperti di atas pada awal bulan Jun dan dirujuk ke hospital daerah berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.

Dalam kes kedua, mangsa juga menunjukkan tanda dan gejala yang serupa, lebih kurang seminggu lepas dan mangsa juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak memandangkan keadaan bertambah teruk, katanya.

Kes ketiga turut dilaporkan mengalami tanda serupa dan dirujuk ke hospital yang sama.

Dr Noor Hisham berkata kesemua mangsa telah dimasukkan ke wad rawatan intensif kanak-kanak, yang dua daripadanya terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.

Beberapa sampel ujian air kencing, air liur dan biopsi kulit dari kesemua kes telah diambil dan dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan diKuala Lumpur dan menunjukkan keputusan positif kehadiran virus rabies, katanya.

Berikutan kejadian ini, KKM mengambil beberapa langkah kawalan dan pencegahan termasuk menjalankan siasatan menyeluruh dan menjalankan pengesanan kes secara aktif dan pasif serta mengeluarkan alert kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta di daerah berdekatan lokaliti kejadian.

Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus dan boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.

Dr Noor Hisham berkata individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma.

Penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian seratus peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Rabies , anjing gila , Dr Noor Hisham

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan