20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 5:12 PM

Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Noriana Ahamad Sapari bagi meneka jumlah bekas kuih raya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelbagai cara yang dilakukan untuk memeriahkan suasana Aidilfitri dan wanita ini mempunyai ideanya tersendiri untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pengguna Facebook bagi meraikan 1 Syawal.

Satu pertandingan dianjurkan untuk meneka bilangan bekas kuih raya yang dipaparkan di dalam sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.

Pertandingannya cukup mudah, hanya memberi jawapan di ruangan komen selain membuat tanda suka (like) dan berkongsi ‘posting’ gambar tersebut.

Menariknya, pemenang yang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan mematuhi syarat akan menerima hadiah dari luar negara dan ‘duit raya’.

Penganjurnya, Noriana Ahamad Sapari, 36, berkata, pertandingan yang berlangsung pada Rabu lalu sehingga sebelum tengah malam hari yang sama dibuat sekadar untuk memeriahkan suasana Aidilfitri kali ini.

“Saya buat sekadar suka-suka untuk memeriahkan suasana raya. Maklum sajalah setiap kali raya, semua akan sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, kenapa tidak saya melakukan sesuatu untuk merapatkan hubungan sesama umat Islam di laman sosial.

“Ia adalah kali pertama saya menganjurkan pertandingan seumpama ini. Tak sangka sambutannya amat menggalakkan, saya terima hampir 20,000 penyertaan,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa dia bukan wanita di dalam gambar itu, sebaliknya gambar tersebut diambil di Internet.

Noriana atau lebih dikenali sebagai Noreen memberitahu sehingga kini masih ramai yang meneka bilangan bekas kuih raya walaupun penyertaan telah ditutup.

Menurut peguam dan ahli perniagaan ini, kira-kira 60 peratus daripada hampir 20,000 penyertaan dapat menjawab dengan betul iaitu 84 bekas kuih raya.

“Disebabkan terlalu ramai yang meneka dengan tepat, saya pilih dua pemenang berdasarkan inisiatif ‘extra’ mereka yang menghantar mesej kepada saya.

"Sebenarnya, ramai yang lain turut menghantar mesej kepada saya tetapi jawapan mereka salah,” kata Noreen yang mengumumkan pengguna Facebook, Hazita Zita Hazita Zita dan Herryz Hairiz Erry sebagai pemenang pada Khamis lalu.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini berkata, selain meneka bilangan bekas kuih raya, terdapat juga pengguna Facebook yang turut meneka jenis kuih raya di dalam bekas seperti yang tertera di dalam gambar.

Mengenai hadiah, Noreen berkata, ia dibeli sewaktu dia pergi bercuti ke Vietnam dan Itali termasuk semasa mengerjakan umrah di Makkah baru-baru ini.

“Selain hadiah dari ‘oversea', mereka juga akan menerima ‘duit raya’ seikhlas hati saya. InsyaAllah, ia menggembirakan,” katanya yang merancang untuk menganjurkan lagi pertandingan seumpamanya di Facebook pada masa akan datang.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan