E-Kad: 1,035 Pati, 16 Majikan Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 10:22 PM

Anggota Penguatkuasa Jabatan Imigresen memeriksa dokumen Pati ketika Operasi Ikrar bagi mengesan Pati yang tidak mempunyai dokumen E-Kad di kawasan pembinaan pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,035 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan 16 majikan ditahan dalam Op Mega Jabatan Imigresen, yang dijalankan di seluruh negara bermula tengah malam hingga 1 tengah hari tadi, selepas tamat tempoh program pendaftaran Enforcement Card atau E-Kad pada Jumaat.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata operasi itu, yang dijalankan di 155 premis dan memeriksa 3,393 orang, menyaksikan Johor mencatatkan penahanan paling ramai iaitu 414 Pati dan tiga majikan.

"Operasi di Kelantan membawa penahanan 147 Pati manakala di Sabah seramai 69 Pati dan empat majikan ditahan,” katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata, operasi di Terengganu pula merekodkan penahanan seramai 64 Pati diikuti Selangor (51), Kuala Lumpur (48), Melaka (46) dan Perlis (41).

Sementara itu,  operasi di Sarawak merekodkan 36 Pati ditahan dan jumlah sama dicatatkan di Perak dengan seorang majikan ditahan manakala di Pulau Pinang melibatkan 23 Pati dan empat majikan. 

Operasi di Negeri Sembilan pula membawa kepada penahanan 23 Pati sementara di Kedah 20 Pati dan satu majikan ditahan.

"Di Pahang, seramai tiga majikan dan 10 Pati ditahan selain operasi di Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan penahanan tujuh Pati,” kata Mustafar. 

E-Kad merupakan pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan yang sah untuk membolehkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen terus bekerja di sini.

Kad berkenaan bagaimanapun akan tamat tempoh pada 15 Februari tahun depan dan pemegang kad berkenaan perlu mendapatkan dokumen perjalanan yang sah daripada kedutaan negara masing-masing bagi tujuan permohonan permit kerja atau berdepan pengusiran.

Hanya 23 peratus atau 161,056 Pati didaftarkan sehingga 10 malam tadi, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.

Ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 Pati. - Bernama


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan