Jurugambar Punca Kes 'Langgar Hati'

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaga-jaga jangan sampai terlanggar, sebab kalau sekali langgar, 'akibatnya' terpaksa ditanggung seumur hidup.

Demikian yang berlaku kepada Khairul Anuar yang telah 'melanggar' hati Wahidah Yazid sehingga beliau terpaksa membayar saman RM22.50 (mas kahwin) dan penjara seumur hidup di dalam hati wanita berkenaan.

Gambar-gambar perkahwinan Khairul Anuar dan Wahidah telah menjadi tular di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang ringkas tetapi menarik.

Individu yang merakamkan gambar-gambar kreatif ini, Amirul Hafiz Johari, 23, berkata idea ini diperolehi secara spontan ketika pulang dari sesi penggambaran pasangan pengantin berkenaan yang sebelum itu dilakukan di tepi pantai.

"Dalam perjalanan pulang, saya terfikir untuk tambah gambar dan buat sikit kelainan memandangkan kedua-dua mereka adalah anggota penguatkuasa.

"Kebetulan pula mereka berdua 'sporting' dan tak ada urusan lain, jadi mereka tak kisah luangkan masa untuk bergambar," katanya kepada mStar Online.

-foto FB Amirul Hafiz Johari

Amirul Hafiz yang merupakan jurugambar sepenuh masa di Light of Love Photography berkata, Khairul Anuar adalah seorang anggota tentera dan Wahidah berkhidmat sebagai penguatkuasa trafik Polis Diraja Malaysia di Sarawak.

Amirul Hafiz berkata gambar-gambar tersebut dirakamkan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 15 Mei lalu.

"Masa tu tengah hari, nasib baik pasangan pengantin jenis suka bergambar dan tak ada masalah bila disuruh 'posing'," katanya.

Mengulas mengenai keterangan pada gambar yang membuatkan ramai tersenyum apabila membacanya, Amirul Hafiz berkata, idea itu diperolehi sebelum gambar-gambar tersebut dirakamkan.

"Saya dapat idea untuk 'caption' gambar dulu, kemudian barulah saya ambil gambarnya," katanya yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sesi tersebut.

Katanya, gambar-gambar tersebut telah dimuat naik di Facebook pada Mei lalu, tetapi disebabkan mahu berkongsi dengan seorang rakan, beliau terpaksa menukar mod privasi Facebook peribadinya kepada 'tatapan awam' pada Khamis sebelum ia menjadi tular.

Tags / Kata Kunci: gambar kahwin , fotografi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan