Selain Beraya, Apa Tun M Buat Di London?

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 10:02 AM

-foto FB Kelab Che Det

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ramai sedia maklum Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya di London tahun ini.

Dalam kesibukannya menyambut 1 Syawal, bekas perdana menteri ini sempat juga meluangkan masa melawat lokasi tragedi kebakaran Grenfell Tower.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Che Det, Dr Mahathir dilihat sempat mengambil beberapa keping gambar di lokasi yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa, malahan ratusan masih hilang dan dikategorikan sebagai maut akibat kejadian pada bulan Ramadan itu.

Namun tidak dapat dipastikan bila dan dengan siapa beliau melakukan kunjungan tersebut.

Pada 15 Jun lalu, penyanyi terkenal Adele turut melawat lokasi yang sama sebagai memberi penghormatan kepada mangsa tragedi.

Pada 25 Jun, foto bekas Presiden Umno itu menyambut Aidilfitri di Yayasan Sofa College, Acton bersama masyarakat tempatan dan rakyat Malaysia menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, Dr Mahathir dan ahli keluarganya terbang ke London beberapa hari sebelum berakhirnya Ramadan.


Tags / Kata Kunci: Tun M , London , Grenfell Tower

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan