Thailand Siasat Syarikat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand telah menubuhkan jawatankuasa pelbagai agensi untuk memperhebatkan siasatan yang dijalankan sekarang ke atas sebuah syarikat Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti haram secara besar-besaran termasuk pengubahan wang haram di negara itu.

Syarikat tersebut yang mempunyai kepentingan perniagaan di Thailand mula dipantau di Malaysia baru-baru ini kerana didakwa mendalangi skim piramid yang kompleks melibatkan beribu-ribu pelabur dan jutaan Ringgit.

"Siasatan masih dijalankan. Kami telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi kerajaan bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang termasuk Biro Anti Narkotik (NSB)," kata seorang pegawai tertinggi kepada Bernama baru-baru ini.

Agensi lain yang terlibat dalam siasatan termasuk Pejabat Anti Penggubahan Wang Haram (Amlo), Jabatan Siasatan Khas (DSI), Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Pejabat Kawalan Narkotik (ONCB) dan Jabatan Pembangunan Perniagaan.

Wakil dari bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) juga terlibat dalam siasatan ke atas syarikat dari Malaysia itu.

Menurut satu sumber, jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat baru-baru ini dan dalam mesyuarat tersebut,  jawatankuasa membincangkan cara-cara untuk mengambil tindakan baharu dan lebih agresif dalam usaha untuk mendakwa syarikat dari Malaysia itu kerana dikatakan menjalankan aktiviti secara haram di Thailand melibatkan pelbagai sektor perniagaan.

"Kami akan merumuskan strategi dan kaedah baharu dalam siasatan," kata beliau dan menambah bahawa setiap agensi akan ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pihak berkuasa juga telah menyiasat sama ada syarikat tersebut mempunyai apa-apa kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah di negara itu tetapi tidak menjumpai apa-apa bukti.

Menurut sumber, pihak berkuasa Thailand sebenarnya telah mula menyiasat syarikat Malaysia itu kira-kira setahun yang lalu bermula dengan  siasatan ke atas lima anak syarikatnya tetapi memperluaskan skop siasatan apabila penglibatan sebenar syarikat tersebut dalam aktiviti haram mula terdedah.

Syarikat Malaysia itu yang beroperasi di Thailand selama beberapa tahun, dikatakan terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk hotel dan resort, hiburan, restoran, pengurup  wang dan pangsapuri di Thailand.

Kebanyakan perniagaan yang diceburinya terletak di bandar-bandar yang sibuk seperti Hatyai, Danok dan wilayah lain di selatan Thailand.

Siasatan yang diperhebatkan oleh Thailand ke atas syarikat Malaysia itu ialah kesinambungan siasatan lebih setahun bermula dengan serbuan ke atas hotel berkaitan syarikat itu di selatan Thailand pada Januari tahun lepas apabila pihak berkuasa menemui wang tunai pelbagai pelbagai mata wang asing bernilai 83 juta Baht (kira-kira RM10.3 juta).

Serbuan ke hotel itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi seorang lelaki warga Malaysia berusia 54 tahun pada Disember 2015.

Lelaki itu ditembak mati di siang hari oleh penyerang menggunakan raifel M-16 ketika memandu kereta Mercedez Benz miliknya bersama seorang wanita yang menaiki keretanya semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Hatyai.

Wanita tersebut, yang cedera parah terselamat dalam insiden itu.

Susulan serbuan pada Januari tahun lepas, yang membawa kepada penemuan sejumlah besar mata w ang asing, polis Thailand meminta kerjasama DSI dan agensi lain termasuk Amlo untuk membantu siasatan bagi menjejaki aktiviti wang haram itu.

Sementara itu, sumber tersebut berkata jawatankuasa pelbagai agensi yang menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut juga berminat untuk memantau apa-ap perkembangan  berhubung siasatan baru-baru ini yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ke ata syarikat terbabit.

"Kami memerhatikan dengan penuh minat siasatan yang dijalankan oleh agensi berkaitan di Malaysia,” kata sumber itu yang tidak mahu dikenali kerana sensitiviti maklumat.

Pihak berkuasa di Malaysia telah membuat serbuan ke atas premis dan pejabat syarikat itu serta membekukan akaunnya mengandungi simpanan bernilai jutaan Ringgit, dalam siasatan yang dijalankan sekarang ke atas syarikat itu.

Tags / Kata Kunci: Kegiatan haram

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan