Masalah Kesihatan Mental Pembunuh Dalam Diam

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ramai yang beranggapan masalah kesihatan mental hanya merujuk kepada gila, hakikatnya kemurungan, depresi dan gangguan emosi juga merupakan antara penyakit mental yang boleh memudaratkan.

Pakar Psikologi Dr Adrian Lim berkata masalah kesihatan mental diibaratkan sebagai ‘pembunuh dalam diam’ dan perlu diberi rawatan segera terutamanya dalam kalangan anak muda.

“Kekangan kewangan, berdepan dengan masalah keluarga dan kerjaya merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental...masalah ini  tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditangani secara segera, memandangkan anak muda merupakan generasi pelapis negara.

“Rata-rata pesakit yang mendapatkan nasihat saya, baharu sahaja memulakan kerjaya tetapi apabila mereka gagal untuk mencapai matlamat, persepsi keluarga dan masyarakat terhadap mereka mula berubah hingga menyebabkan mereka rasa tertekan dan tidak berguna,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.

Tambahnya keadaan ini berbeza dengan apa yang berlaku lebih sedekad lalu, yang mana keluarga lebih memahami anak-anak dan mereka tidak terlalu memberi tekanan kepada anak muda, meskipun mereka gagal dalam kerjaya.

Dr Lim berkata anak muda kini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan  keluarga, tetapi faktor ekonomi juga menyumbang kepada peningkatan tahap keseriusan tekanan mental mereka.

“Ramai yang beranggapan anak muda yang baharu melangkah ke alam pekerjaan tidak mempunyai kekangan kewangan, tetapi secara tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai bebanan kewangan sebaik sahaja tamat pengajian kerana pinjaman yang diambil untuk membiayai pendidikan mereka.

“Apabila mereka mula melangkah ke alam pekerjaan, dengan gaji yang diterima, banyak yang perlu diambil kira termasuk kelangsungan hidup terutamanya di kawasan bandar yang mana kos sara hidup adalah tinggi,” katanya.

Beliau berkata masalah ini harus ditangani segera dan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya perlu memainkan peranan dengan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih positif dan memahami. 

Individu yang berhadapan dengan tekanan boleh berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan khidmat nasihat, katanya.

Tags / Kata Kunci: Masalah Mental

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan