RM200-RM1,000 Denda Hilang Pasport

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelaksanaan penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata cadangan tersebut telah diterima baik oleh kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan rakyat lebih bertanggunjawab menjaga dokumen yang penting tersebut.

Sekiranya kehilangan pasport adalah akibat kecurian, kebakaran atau bencana-bencana tertentu, pemilik diminta membuat laporan polis dan kes tersebut akan disiasat, katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Mengikut cadangan jabatan itu, pemilik yang hilang pasport kali pertama dikenakan denda RM200 manakala hilang kali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dikenakan denda RM1,000.

Dalam pada itu, mengulas kejayaan Malaysia meningkatkan kedudukan taraf dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2017ke Tahap 2 daripada Tahap 2 Senarai Pemerhatian pada 2016,Mustafar berkata ia adalah hasil komitmen penuh kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Sejak 2014 hingga Mei tahun ini sebanyak 140 kes pemerdangan orang telah dicatatkan melibatkan jenayah khidmat seks, buruh paksa dan penyeludupan migran, katanya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Mustafar , Imigresen , pasport

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan