Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Mula Perlahan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama mula perlahan setakat tengah Jumaat tadi susulan pertambahan kenderaan di atas jalan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara ke Bertam, Permatang Pauh ke Perai, Bukit Tambun ke Jawi, Jawi ke Bandar Baru, Changkat Jering ke Bukit Berapit dan Terowong Menora ke Jelapang.

“Keadaan sama turut dilaporkan di kawasan Simpang Pulai ke Gopeng dan Sungkai ke Slim River,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata keadaan trafik di semua laluan selatan pula masih terkawal dan lancar setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama, berkata aliran trafik perlahan di Bentong menuju ke Bukit Tinggi disebabkan terdapat lori rosak di Km 57 dan menyebabkan lorong kiri terhalang sejak 12.30 tengah hari tadi.

“Kerja-kerja mengalihkan kenderaan itu sedang dilakukan di lokasi berkenaan manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur masih terkawal dan lancar setakat ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: Aliran Trafik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan