Adik Ipar TPM Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adik ipar kepadaTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 10.59 pagi tadi.

Kamarulzaman Khamis, 59, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Kem Terendak, Melaka setelah mengadu sakit pada pukul3 pagi semalam.

Sementara itu adik Ahmad Zahid, Datuk Mohd Lokman Hamidi, 54, berkata jenazah telah disembahyangkan di surau HAT Tuanku Mizan dan dibawapulang ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun selepas waktu Zohor.

Allahyarham merupakan adik ketiga Datin Seri Hamidah Khamis iaitu isteri kepada Ahmad Zahid, kata adik keempat timbalan perdana menteri itu ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham Kamarulzaman yang berasal dari Melaka meninggalkan isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Sementara itu, AhmadZahid hari ini memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman facebook rasminya.

"Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa adinda ipar saya Kamarulzaman Khamis telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 10.59 pagi di HAT Tuanku Mizan.

"Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kamarulzaman Khamis , adik ipar , TPM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan