Kanak-Kanak Mati Didera, Ahli Keluarga Berdepan Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ahli keluarga seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut, Terengganu yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya turut berdepan tindakan jika didapati ada unsur pengabaian dalam kes tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan pengabaian dan penderaan, sama ada ibu atau keluarga terdekat selain pelaku,akan turut didakwa.

Akta Kanak-kanak memang memberi hukuman berat, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka kementerian di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian kanak-kanak lelaki berusia lima  tahun dua bulan awal pagi Rabu.

Rohani berkata, di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, pelaku boleh dikenakan denda RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 31 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.

"Polis sedang menyiasat kes tersebut, selalunya apa-apa melibatkan kanak-kanak mereka (polis) akan menggunakan Akta Kanak-kanak.

Jika didapati ada unsur pengabaian, unsur dera dan sebagainya kita akan ambil tindakan...kita akan beri kerjasama dengan polis menjalankan siasatan dan pada masa yang sama jika diperlukan khidmat kaunseling akan turut diberikan kepada keluarga mangsa," katanya. --Bernama

Tags / Kata Kunci: Rohani Karim , Akta Kanak-Kanak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan