14 Syarikat Terkini Di Bawah Amaran Pengguna Kewangan - Berita Semasa | mStar

14 Syarikat Terkini Di Bawah Amaran Pengguna Kewangan

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 8:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan senarai terkini 334 syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan.

Dalam pengumuman di laman webnya, bank pusat itu berkata senarai tersebut terdiri daripada syarikat dan laman web sama ada yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan di bawah BNM.

"Ia tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM dan terdiri daripada 334 syarikat," katanya.

BNM menambah CYL Asia Enterprise, CYL Peoria Enterprise, CYL Prospect Trading, CYL4U Resources, JJ Commerce Trading, JJ Online Enterprise, L and L Property Ventures SB, Mama Captain International, Nahana Global Resources, New Gen Food Sdn Bhd, NGR Asia Group Sdn Bhd, NGR Global Sdn Bhd, Relax Green Enterprise dan Richway Green Venture berada dalam senarai berkenaan.

Menurut BNM, senarai itu akan dikemas kini selalu untuk rujukan orang ramai. -Bernama

Tags / Kata Kunci: BNM , amaran kewangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan