Malaysia Komited Hentikan Jenayah Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi komitmen Malaysia untuk menghentikan jenayah pemerdagangan manusia.

Menulis dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau, Perdana Menteri  berkata usaha kolektif Malaysia dalam memerangi jenayah perdagangan manusia  dalam negara dan serantau mula membuahkan hasil apabila negara memperbaiki kedudukannya dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2017.

Dalam Laporan Tahunan bagi 2017 itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, Malaysia telah dinaik taraf ke Tahap 2 daripada kekal di Tahap 2  Senarai Pemerhatian bagi tahun 2016.

“Syabas kepada mereka yang bekerja dengan gigih untuk mencapai ini. Kami tetap komited untuk menghentikan pemerdagangan manusia, melindungi mangsa dan mendakwa pelaku jenayah ini,” kata Najib.

Tahap 2 diberikan kepada kerajaan negara yang tidak memenuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlindingan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 tetapi membuat usaha penting untuk membawa diri kepada pematuhan standard tersebut.

Menurut laporan itu, kerajaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan usaha berbanding tempoh pelaporan sebelum ini yang membolehkan ia dinaik taraf kepada Tahap 2.

"Kerajaan ini (Malaysia) menunjukkan peningkatan usaha-usaha dengan memperluaskan siasatan kes pemerdagangan, pendakwaan dan sabitan,”menurut laporan itu.

Laporan itu juga memuji usaha Malaysia untuk menubuhkan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran bagi menggembleng usaha operasi antipemerdagangan  bersepadu.

Malaysia menyasarkan untuk mencapai status Tahap 1 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2020. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemerdagangan manusia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan