Pemerdagangan Orang: Malaysia Naik Tahap Dua Dalam Laporan Tahunan

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia telah dinaikkan ke Tahap Dua dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang AS (US TIP Report) 2017 dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (Jnas) pada 27 Jun.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) merangkap Pengerusi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo)  Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataannya pada Rabu berkata,  laporan itu melibatkan penilaian terhadap 187 buah negara mengenai usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang.

Usaha itu melalui tiga komponen utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pencegahan. Kedudukan ini adalah pencapaian terbaik negara sejak tahun 2007 iaitu setelah negara mempunyaiperundangan khusus mengenai pemerdagangan orang, katanya.

Tambah Alwi, pencapaian berkenaan adalah hasil komitmen padu yang ditunjukkan oleh ahli Mapo melalui High Level Committee Mapo yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas beliau, pengiktirafan ini adalah berdasarkan peningkatan siasatan, pendakwaan dan sabitan kespemerdagangan orang berbanding tahun sebelumnya. 

Dari aspek pendakwaan, tambah Alwi, Malaysia telah merekodkan peningkatan yang ketara dalampertuduhan dengan 35 individu telah dijatuhkan hukuman berbanding hanya tujuh pada tahun 2015.

Jelas beliau, laporan tersebut turut menyentuh mengenai penglibatan sebahagian kecil  penjawat awam khususnya agensi penguatkuasa dalam kegiatan berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di mana seramai 42 individu telah ditahan, disiasat dan dikenakan tindakan.

Perkara ini menunjukkan ketelusan kerajaan yang tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yangterlibat secara langsung atau tidak dalam jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.

Alwi juga berkata, kerajaan menyambut baik penglibatan NGO dalam aspek perlindungan mangsa pemerdagangan orang termasuk sebagai pegawai pelindung kepada mangsa tersebut termasuk pelantikan 12 orang individu sebagai pegawai pelindung.

"Bagi menzahirkan keterbukaan kerajaan, sumbangan kewangan akan disalurkan kepada dua NGO yang telah dikenalpasti untuk menguruskan rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang mulai Julai 2017," katanya.

Tambah beliau, kerajaan juga ingin menyeru majikan supaya memberikan komitmen dalam pembayaran levi pekerja asing sebagaimana dipersetujui untuk dilaksanakan bermula Januari 2018.

Perkara ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan supaya pekerja asing tidak terjerumus dalamsituasi keterikatan hutang (debt bondage) dan kemungkinan dieksploitasi, jelas Alwi.

Katanya, kerajaan akan memastikan usaha negara terus diperkukuhkan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai Tahap Satu pada penilaian tahun 2020. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemerdagangan Manusia , tahap dua

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan