Kereta Terbakar, Dua Beranak Selamat

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 3:02 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

NILAI: Dua beranak sempat menyelamatkan diri sebelum kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka terbakar di KM 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi Rabu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa, R. Yugeswari, 33, dan ibunya yang hanya dikenali sebagai Ruekmono, 64, dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Subang Jaya, Selangor.

"Mangsa (Yugeswari) melihat asap keluar daripada bahagian enjin semasa dalam perjalanan lalu memberhentikan keretanya.

"Dia dan ibunya sempat keluar dari kereta itu sebelum api merebak dengan pantas dan membakar 80 peratus kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Fauzi berkata kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh dua kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 6.58 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

"Seramai dua pegawai dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama dua buah jentera dikerahkan memberi bantuan dan pihak kami mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kereta Terbakar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan