'Juruterbang' Bikin Kecoh Dalam 'Kokpit'

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sambutan berhari raya tentunya ceria dengan aksi dua ‘juruterbang’ yang menghiburkan pengikut Facebook dengan gaya mencuit hati sambil berpantun ala moden seolah-olah berada di dalam ‘kokpit’ pesawat.

Video berdurasi kira-kira satu minit itu dimuat naik di Facebook Syafiq Ahmad dan Tuan AriffHakimie.

Jika diamati, dua pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Kapten’ Syafiq Ahmad dan pembantu juruterbangnya, ‘Kapten’ Luqman Z itu sebenarnya melakukan aksi berkenaan di dalam sebuah kereta.

“Belajar Master dekat UK, balik Malaysia naik Proton Perdana, nampak gadis hipster yang okay okay, hantar meminang di UK Perdana,” ujar Syafiq sambil berpantun dalam pelat Inggeris. 

Bagaikan suasana di dalam kokpit, kedua-dua juruterbang yang berbaju kemeja putih dan bertali leher ini juga memberi arahan seolah-olah membuat pemeriksaan sebelum berlepas.

Menurut Syafiq, ‘penerbangan’ mereka ke UK Perdana mengambil masa selama 30 minit.

“Kita akan berlepas sebentar lagi, sila pasangkan tali pinggang keledar anda,” katanya membuat pengumuman kepada 'penumpang'.

Selepas ‘berlepas’, seorang ‘penumpang’ yang bernama Ariff masuk ke dalam kereta sambil meminta maaf kerana lewat.

“Boleh singgah R&R (Rehat & Rawat) tak? Saya laparlah,” ujar Ariff.

“Tuan-tuan dan puan-puan, kita menuju ke R&R Awan Besar. Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami,” kata Syafiq. 

Aksi Syafiq dan Luqman yang melucukan ini menarik perhatian netizen sehingga video tersebut banyak dikongsi di media sosial.


iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan