100 AES Dipasang Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata AES yang akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan itu dapat membantu pengguna jalan raya mematuhi peraturan memandangkan ia merupakan sistem penguatkuasaan sepanjang masa selama 24 jam.

"AES ini akan ditambah kerana kita (Malaysia) mempunyai matlamat untuk mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 seperti yang telah dipersetujui di peringkat dunia," katanyakepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, di sini, Rabu.

Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata ketika ini, kira-kira 50 AES sudah dipasang di seluruh negara.

Beliau berkatasarananmengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun2020 merupakan satucabaran kepadanegarakerana Malaysia merupakansatu daripada negara yang mencatatkan kadar kemalangantinggi.

Kita (kerajaan) juga tidak mahu negara kerugian modal insan akibat kemalanganjadi, penguatkuasaan secara automasi (AES) merupakan kaedah terbaik memandangkan sistem ini tidak ada pilih kasih kerana kamera tidak mengenali orang dan akan rakam semua kenderaan yang lalu," katanya.

Ab Aziz dalam pada itu turut menasihati para pengguna jalan raya yang akan pulang semula ke kota selepas sambutan hari raya supaya mengambil iktibar dengan memandu secara berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau yakin kemalangan dapat dielakkan sekiranya para pengguna jalan raya memandu dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: AES

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan