Empat Rumah Hangus Dijilat Api

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 10:58 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Empat buah rumah serta beberapa buah motosikal hangus dalam satu kebakaran di Taman Ria, awal pagi Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, bomba menerima panggilan pada 12.58 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

"Api sedang marak sewaktu bomba tiba dan memusnahkan empat buah rumah teres kos rendah kelas A (satu tingkat), dua buah kereta dan 12 buah motosikal."Bomba menggunakan lima pancutan air daripada jentera bomba, bagi memadam dan mengawal kebakaran di bahagian hadapan dan belakang, daripada terus merebak," katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Kebakaran itu mengakibatkan rumah pertama terbakar 20 peratus, rumah kedua (90 peratus), rumah ketiga (50 peratus) dan keempat lima peratus terbakar.

Turut musnah ialah dua motosikal jenis Yamaha LC dan Honda EX5 di rumah pertama, sebuah kereta jenis Kia Sephia dan sembilan buah motosikal jenis Suzuki RG, Vespa, Yamaha Y15 dan Modenas Kriss di rumah kedua.

"Sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 Class turut terbakar 95 peratus," katanya.

Mohamad Mustakim berkata, tiada mangsa yang cedera dan api dapat dikawal pada pukul 1.23 pagi tadi.Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Operasi memadam dan mengawal kebakaran itu melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Tikam Batu dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota, serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani.-Bernama

Tags / Kata Kunci: rumah terbakar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan